Makin Panas!!! Azwan Ali Sound Azhar Sulaiman, “Kau Siapa Nak Nasihat Aku”

#ADOI makin menjadi-jadi nampaknya selebriti yang terkenal dengan gelaran Diva AA, Azwan Ali ni meroyan.Semua orang ada je tak kena di matanya.

Yang terbaru menjadi mangsa ‘carutannya’ ialah pelakon Azhar Sulaiman yang sebelum ini ‘menasihati’ Azwan agar mengawal kemarahannya agar tidak dibenci masyarakat sekeliling.
Azhar elok je bagi pesanannya, tak pasal-pasal diva AA melenting pula dengan nasihatnya itu.


Nak tahu apa yang dimaki Diva AA kat Azhar, nah baca ni..

“Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?

“Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.

Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil, bukan Datuk Siti Nurhaliza. Level mereka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman”?

Haaa, kencang dan padu jawapan Diva AA kita.

Dalam perkembangan lain pula, Azwan menyifatkan tindakan Astro Awani yang menggunakan perkataan ‘gertak’ sebagai satu tindakan yang biadap.

Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah ‘selepas digertak’, saya anggap biadap. 

Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. 

Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak? Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya? 

Begitulah luahan hati Azwan Ali ketika kami temui beliau di Majlis Preview Ramadhan #SyukurSelalu Media Prima di Hotel Istana semalam. Apapun, kami tetap harap semuanya dapat diselesaikan dengan baik. #KipidapDivaAA - [ Sumber Asal ]

0 Response to "Makin Panas!!! Azwan Ali Sound Azhar Sulaiman, “Kau Siapa Nak Nasihat Aku”"

Post a Comment