Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, keadaan Firdaus kini semakin baik dengan beratnya sudah bertambah sebanyak lapan kilogram menjadi 25kg berbanding cuma 17kg sewaktu ditemui tahun lalu.
“Firdaus kini sudah boleh makan hampir semua jenis makanan dengan makanan kegemarannya ialah nasi ayam bersama sup dan air kesukaannya milo. Bagaimanapun, diet Firdaus tetap dipantau oleh Unit Kesihatan Taman Sinar Harapan,” katanya ketika ditemui selepas hadir pada Majlis Semarak Sinar Ramadan di Taman Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah di Jalan Temiang di sini semalam.
Tambah Rohani, ibu Firdaus, Lolanopita Sadi, 40, yang sebelum ini dihukum penjara empat bulan sudah pun dibebaskan, malah sering melawat Firdaus.
Kisah Firdaus menggemparkan negara selepas ditemui dalam keadaan menyayat hati sehingga tubuhnya kurus kering dan baju koyak rabak di sebuah rumah kotor di Nilai pada Jun tahun lalu.
- kosmo
0 Response to "Firdaus makin sihat, berat sudah cecah 25kg [ Gambar ]"
Post a Comment