Fuhh!! Apa Yang Ada Di Atas Bumbung Bangunan Ini Amat Menakjubkan [ 5 Gambar ]

Sebuah kilang di Chongqing bertindak mengubah suai bumbung seluas 10,000 meter persegi menjadi kebun tanaman, antara lain turut mempunyai beberapa petak sawah padi, terusan, kolam ikan dan kawasan ternakan.


Idea itu tercetus selepas syarikat itu memikirkan kaedah untuk menggunakan sepenuhnya bumbung kilang terbabit. Bumbung bangunan itu cukup kuat untuk menampung projek pertanian berkenaan, selain kalis air bagi mengelak kebocoran di kilang di bawahnya.

Pekerja kilang turut bercucuk tanam selain memelihara ayam dan ternakan. Tugasan menjaga setiap bahagian kebun diagihkan sesama pekerja dan semua hasil dikongsikan bersama secara percuma.




0 Response to "Fuhh!! Apa Yang Ada Di Atas Bumbung Bangunan Ini Amat Menakjubkan [ 5 Gambar ]"

Post a Comment